Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hanya benar-benar layak akan terima BR1M

17 MEI: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan dengan yang benar=benar layak menerimanya .

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerimanya.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimannya.

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), hari ini.

Dalam pada itu, mana-mana ahli politik yang pernah menjadi menteri Kabinet ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tidak akan diterima untuk menyertai PH.

Dr Mahathir berkata itu antara yang diputuskan ketika mesyuarat hari ini.

“Kita meletakkan satu dasar berkuat kuasa saat ini, iaitu ahli parti lawan (yang mahu sertai PH) perlu keluar daripada parti mereka, menjadi anggota Bebas dan kemudian mengisytihar sokongan kepada kerajaan PH terlebih dahulu.

“Pemimpin parti lawan yang sudah berada dalam kerajaan (sebelum ini) pula tidak boleh diterima oleh mana-mana parti komponen PH.

“Mungkin PH akan menyemak semula keputusan ini pada masa depan, tetapi inilah perkara yang diputuskan buat masa ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 8:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: