Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hanya dua sekolah agama capai status SBT

Sebanyak 115 Sekolah Menengah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh negara termasuk dua buah Sekolah Agama Bantuan Kerajan (SABK).

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, SABK yang mencapai taraf SBT itu ialah Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu.

Beliau menjawab menjawab soalan ahli parlimen BN Setiu Che Mohamad Zulkifly Jusoh di Dewan Rakyat, Rabu.

mpestiu2

Che Mohamad

Che Mohamad ingin tahu bilangan sekolah yang telah mencapai status SBT dan langkah Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan pencapaian Sekolah Menengah Tahfiz seperti Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Terengganu sebagai SBT memandangkan terdapat Pengetua yang bukan daripada kategori guru di sekolah berkenaan.

Ketika menjawab soalan tambahan Che Mohamad berhubung langkah kerajaan untuk memperluaskan program Ulul Albab di Sekolah Rendah pada masa depan, Idris berkata setakat ini Kementerian Pendidikan belum bercadang memperkenalkan program berkenaan di peringkat rendah.

“Buat masa ini tiada rancangan untuk memulakan program Ulul Albab di sekolah rendah kerana kita mahu memantapkan terlebih dahulu program Agama di peringkat sekolah menengah,” katanya.

Idris berkata sejak program Ulul Albab diperkenalkan pada 1999, 40 peratus pelajar program berkenaan telah berjaya menghabiskan hafazan mengikut tahap yang ditetapkan ketika berada di tingkatan tiga dan tingkatan lima.

“Menghafaz Al-Quran bukan satu perkara yang mudah… Jadi pelajar yang menyertainya telah menjalani sesi temuduga sebelum terpilih untuk memasuki program hafazan (program Ulul Albab) ini,” katanya.

Program Ulul Albab merupakan konsep pembelajaran yang menitikberatkan elemen hafazan dan penguasan Al-Quran sebagai asas pembelajaran di samping mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).- 6/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2013 3:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: