Kategori Berita Utama

Hapus identiti kaum perlu bincang dalam Kabinet

24 FEB : Semua keputusan berkaitan dasar kerajaaan atau undang-undang perlu dibincangkan bersama jemaah menteri sebelum keputusan diambil kata Timbalan Perdana Menteri .

Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup menyuarakan cadangannya untuk menghapuskan identiti kaum dalam borang rasmi kepada jemaah menteri.

“Elok kita tunggu. Kita boleh bincang. Kita mengamalkan sikap yang agak terbuka. Sedia menerima pandangan dan jika kita fikirkan ia sesuatu yang baik, jemaah menteri akan membuat keputusan.

tpmmakan

Muhyiddin dan pemimpin BN menikmati jamuan makan bersama rakyat di Kajang. Foto HIEKAL ROSLI

“Itu cadangan daripada jawatankuasa perpaduan. Beliau boleh bawa (kepada jemaah menteri) kerana mungkin ada kertas cadangan khusus boleh dibincangkan,” katanya pada sidang media selepas jamuan tengahari bersama penduduk Kajang, hari ini.

Kurup ketika merasmikan dialog pertama Majlis Konsultatif Perpaduan Nasional (MKPN) yang pertama berkata sudah sampai masanya perkataan kaum dibuang daripada semua borang rasmi di negara ini bagi membentuk satu identiti nasional.

Cadangan itu mendapat bantahan Perkasa yang berpendapat dengan perkataan “bangsa” dibuang bererti ianya satu cubaan menghapuskan hak kaum Melayu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa cadangan yang dilontarkan oleh  Joseph , berniat jahat.

“Cadangan menghapuskan perkataan bangsa dalam setiap borang adalah melampau dan mempunyai niat jahat terhadap bangsa Melayu,” kata Ibrahim dalam satu kenyataan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 February 2014 3:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: