Kategori Berita Utama

Haram undi DAP: Mufti perlu buat ketetapan

25 JAN: Fatwa daripada mufti dilihat berupaya membimbing umat Islam, daripada tersalah menyokong parti politik yang membawa kepada perkara mungkar serta kekufuran.

Felo Kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali menyarankan supaya mufti-mufti di negara mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi umat Islam mengundi, menyokong dan membantu DAP.

Beliau berkata, isu itu yang menjadi perdebatan dewasa ini kerana jelas DAP membawa agenda perjuangan sekularisme serta anti Islam.

“Fatwa daripada para mufti amat penting bagi memastikan tidak berlaku kecelaruan dan kacau bilau dalam masyarakat kerana umat Islam perlu hormat dan memperakui fatwa dikeluarkan.

“Saya menyeru agar ‘Ashaabus Samaahah’ para mufti dibekalkan fakta-fakta dan data yang mencukupi agar mereka boleh mengeluarkan suatu fatwa yang menepati undang-undang Islam lebih-lebih lagi ianya tidak semestinya melibatkan parti DAP sahaja, tetapi bakal melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti-parti politik lain yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan kepada mereka bagi tujuan-tujuan yang bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

“Fatwa daripada para mufti sangat penting kerana bukan semua orang, hatta para ilmuan dan pakar agama berada pada posisi boleh mengeluarkan pendapat yang boleh diangkat sebagai fatwa,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya.

Catatan berkenaan adalah analisis terhadap kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr Zamihan Mat Zin yang mengharamkan umat Islam di negara ini menyokong, membantu serta mengundi DAP.

Sementara itu, Engku Ahmad Fadzil menggesa agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara dapat membuat siasatan dan penilaian terpeinci lebih-lebih lagi berkaitan desas-desus yang mengaitkan parti tersebut atau aktivis DAP dengan RECS (Radical Evangelist Christian State).

Katanya, Kertas Laporan Tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang dikeluarkan oleh MAGERAN dengan jelas membuktikan tindakan berbentuk hasutan yang dilakukan oleh parti DAP telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama tragedi rusuhan kaum itu.

“Kita harap tidak perlu berulang lagi di negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 January 2018 3:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: