Kategori Kawasan YB

Harapan Datuk Jo warga kota ada rumah sendiri

Nak mohon PR1MA (Perumahan 1Malaysia) tak layak. Nak duduk flet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tak berhak.  Mahu sewa apartmen mahal pula sewanya. Nak beli rumah di tengah bandar, cuma mampu dalam mimpi saja! Pilihan terakhir ialah menyewa rumah di luar Kuala Lumpur (KL) dan berulang-alik ke pejabat.

“Inilah nasib  golongan profesional yang bekerja di bandar. Mereka mengeluarkan duit petrol antara RM800 hingga RM900 sebulan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Gaji mereka antara RM8 ribu hingga RM9 ribu bunyinya macam banyak, tetapi mereka tetap tak mampu memiliki tempat kediaman sebab harga rumah atau kondo yang dijual sekitar KL pun sekurang-kurangnya RM1 juta!

“Mereka bukan tak berduit, tetapi tak berkemampuan memiliki kediaman sebab tak boleh nak jumpa rumah atau kondo yang harganya sekitar RM300-RM350 ribu yang mana sebulan dia boleh bayar RM1,800. Selepas itu mereka nak bayar ansuran kereta dan sebagainya. Jika harga kondo sudah mencecah RM1 juta, siapa yang mampu beli? Sebulan berapa pula kena bayar?

94054455_n

Johari sentiasa kerap meluang masa mendengar masalah rakyat terutama soal perumahan

Begitulah  luahan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang selain mengambil berat terhadap golongan miskin, juga prihatin terhadap nasib golongan profesional yang bekerja di KL yang menurutnya banyak menyumbang  pada pertumbuhan ekonomi ibukota.

“Banyak projek kondo mewah yang dibuat di KL sebelum ini asalnya adalah tapak-tapak setinggan. Tetapi apabila dibangunkan, mereka bina rumah atau kondo mewah berharga berjuta Ringgit.

“Oleh kerana itu perjuangan saya ialah untuk memastikan supaya jika ada lagi kawasan bekas setinggan di KL yang mahu dibangunkan, biarlah didirikan kondo mampu dimiliki oleh golongan profesional atau golongan ber pendapatan pertengahan.

“Kalau ada permohonan untuk bina kondo mewah, saya harap DBKL jangan luluskan lagi,” katanya.

“Kalau boleh biarlah tanah-tanah kerajaan di sekitar kawasan saya diberi keutamaan untuk mewujudkan rumah atau kondo mampu milik dalam linkungan harga RM300-RM400 ribu,” tambahnya yang lebih kerap disapa nama Datuk Jo.

Johari juga mencadangkan supaya kondo-kondo mampu milik dibina berhampiran LRT atau komuter supaya golongan profesional tidak perlu memandu ke tempat kerja, lantas mengurangkan kos sara hidup mereka.

Satu lagi misi Johari ialah berhubung isu Kampung Baru yang membelenggu masyarakat di Parlimen Titiwangsa. Malah perkara itu telahpun dibawanya ke sidang Dewan Rakyat mingu lalu di mana Johari mencadangkan supaya kerajaan memberikan insentif kepada pemilih-pemilik tanah di Kampung Baru untuk membangunkannya sendiri.

444076758_n

Berbincang dengan penduduk mengenai isu-isu setempat

“Isu Kampung Baru rumit sebab ia bukan setinggan di mana setiap rumah ada lotnya. Lot ini mereka perolehi 113 tahun dulu dan sekarang sudah masuk generasi keempat. Ada plot yang luasnya antara 4,000-5000 kaki persegi tetapi mempunyai 142 tuan tanah.

“Contohnya, sekiranya mahu dibangunkan, ada 222 orang pewaris bersetuju tetapi ada 200 lagi menentang, maka tak ada apa yang boleh dibuat. Cadangan saya ialah kalau seseorang itu memiliki satu lot yang luasnya antara 4,000-5,000 kaki persegi di Kampung Baru atau kawasan pusat bandar, kerajaan harus memberikannya insentif untuk mendirikan flet.

“Katakan dengan keluasan itu dia dapat membina lapan unit flet, setiap unit dapat insentif RM30ribu. Sekiranya dia ada lapan orang adik beradik, dia boleh membahagikan samarata seorang satu unit. Ia adalah lebih baik daripada membiarkan rumah di atas tanah itu menjadi usang dan tidak boleh diduduki,” katanya.

Menurut Johari, memandangkan parlimennya adalah sebuah kawasan bandar, banyak kemudahan telah disediakan oleh kerajaan BN. Cuma, cabarannya ialah untuk memastikan ia sentiasa bersih dan keadaan jalan elok.

“Parlimen saya kawasan bandar. Perjuangan kita ialah bagaimana kita nak jaga kawasan ini supaya ia sentiasa bersih terutama di kawasan flet, dan jalan-jalan yang berlopak sentiasa dikurangkan.

“Kita nak pastikan kawasan perumaham awam terutamanya sentiasa bersih dan teratur. Kita juga mahu memastikan

JOHARI...mohon Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jadi pembangkang yang punyai fikiran maju.

JOHARI…mahu penduduk ibu kota punyai kediaman sendiri

tidak lagi berlaku lif rosak yang membebankan rakyat. Tetapi budaya cintakan kebersihan perlu diterapkan dari peringkat sekolah.

“Kita kena didik mengenai kebersihan dari peringkat sekolah. Jika sudah besar baru kita nak tukar sikap seseorang, memang susah. Ini adalah tanggungjawab ibubapa dan guru.

“Di samping itu juga pihak berkuasa tempatan harus memperbanyakkan kawasan tempat pembuangan sampah. Di samping itu mereka harus memastikan pungutan sampah dilakukan lebih cekap,” tambahnya.

Selain itu Johari berkata perkara yang paling penting baginya ialah mahu memastikan setiap warga KL dalam kawasannya tidak mengetepikan soal pendidikan anak-anak.

“Walau semiskin manapun, mereka tidak boleh abaikan pendidikan anak-anak. Kalau anak-anak ketinggalan dalam pelajaran, bagaimana mereka boleh membasmi kemiskinan dalam generasi masing-masing?

“Kalau ada orang miskin tak mampu menyekolahkan anak-anak, bawa mereka kepada saya, Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Baitulmal. Saya tak mahu tengok ibubapa menjadikan kemiskinan sebagai alasan tidak menghantar anak ke sekolah. Saya tak mahu lihat ini.

“Kalau boleh saya nak tengok anak-anak ini belajar hingga ke peringkat diploma atau ijazah supaya dia dapat membantu membasmi kemiskinan dalam keluarganya,” kata Johari.

Menurut Johari, soal kemiskinan amat dekat di hatinya kerana dia juga dilahirkan dari keluarga miskin. Johari, anak jati Kampung Pandan pernah menetap di rumah setinggan dan mandi di lombong kerana rumahnya tidak mempunyai bekalan air paip.

969468332_n

Soal kebajikan penduduk Titiwangsa juga diberikan keutamaan

“Tetapi saya tidak menjadi kemiskinan sebagai alasan untuk tidak bersekolah dan menuntut ilmu. Malah pengalaman hidup miskin memberi kekuatan kepada saya untuk menuntut ilmu dan mencapai kejayaan,” kata Johari, yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa.

Komposisi kaum di Parlimen P119 Titiwangsa ialah 67 peratus Melayu, 22 peratus Cina dan 11 peratus India. Pengundi-pengundi parlimen ini yang bermasalah boleh menghubungi Johari di pusat khidmat masyarakatnya di No 39 Jalan 3/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur atau emel di joghani@gmail.com. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 November 2013 6:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: