Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Harga bahan api naik 5 sen

12 JULAI: Harga runcit bahan api bagi petrol dan diesel mencatatkan kenaikan sehingga 5 sen seliter.

Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Twitternya sebentar tadi.

Harga petrol RON95 naik 4 sen kepada RM1.97 seliter, RON97 naik 3 sen kepada RM2.22, manakala diesel pula naik 5 sen kepada RM1.96.

Harga baharu ini berkuat kuasa mulai 13 Julai hingga 19 Julai.

Sebelum ini, harga runcit bagi tempoh 6 Julai hingga 12 Julai adalah RON95 (RM1.93), RON97 (RM2.19) diikuti diesel pada harga RM1.91 seliter.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 July 2017 8:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: