Kategori Berita Utama

Harga barang naik bukan salah kerajaan

2 NOV: Kenaikan harga barang bukan salah kerajaan dan ia termasuklah harga rumah yang kian meningkat.

Menurut Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad, kenaikan harga tersebut disebabkan permintaan yang tinggi oleh pembeli sehinggakan tidak ada mana-mana negara yang mampu mengawal kenaikan harga tersebut.

Berikutan itu jelas Dr. Latiff lagi, kerajaan telah memainkan peranan untuk membina rumah dengan harga mampu milik supaya syarikat pemaju swasta dapat meletakkan harga rumah pada kadar yang berpatutan.

“Mereka perlu ingat kenaikan harga barang bukan disebabkan kerajaan, ini basic dalam ekonomi, harga naik sebab demand yang banyak, sebab itu kerajaan main peranan untuk menjual rumah PPR PR1MA dan sebagainya.

Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad bersama Ahli Parlimen PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul bergambar sebelum memulakan bual Bicara Bajet 2018 di Parlimen

“Kita buat rumah hanya peroleh keuntungan sebanyak 15 peratus sahaja, tak sama macam swasta yang kaut keuntungan 25 ke 35 peratus, jangan bandingkan kita dengan Ecoworld, kita hanya bayar cukai pendapatan 5 peratus, 10 peratus lagi untuk bayar gaji kakitangan, cukuplah. Kita tak ambil untung,” katanya dalam program Bual Bicara Bajet 2018 saluran RTM di Parlimen, Khamis.

Turut serta dalam program yang dikendalikan Datuk Dahlan Maamor selama sejam itu, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Sebelum itu, Johari menyatakan keluhan beliau terhadap golongan muda berusia 30 tahun dan keatas yang masih lagi tidak mampu membeli rumah.

“Dulu saya gaji RM850 boleh beli rumah harga RM47 ribu tapi sekang gaji RM3000 masih lagi tak boleh beli rumah, macam mana?” soalnya.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Dr. Latiff yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkata sebab itu kerajaan telah menyediakan beberapa mekanisme supaya golongan muda dapat memiliki rumah.

“Kerajaan ada sediakan program untuk golongan muda, serendah RM129 sebulan, 3 bilik 2 bilik air, rumah itu boleh disewa selama beberapa tahun, kemudian mereka boleh membeli rumah bila mereka mampu.

“Selain itu bila tengok mereka ni dah beli kereta, ada yang pinjaman bank mereka tidak membenarkan mereka untuk membuat pinjaman rumah, jadi ini masalah kepada mereka,” ujarnya lagi.

Tambah Dr. Latiff, dalam hal ini pengurusan kewangan yang stabil sangat diperlukan supaya golongan muda dapat memiliki rumah pada usia muda dengan harga mampu milik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 November 2017 10:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: