Kategori Ekonomi

Harga getah diunjur meningkat

7 DIS: Syarikat pemilik ladang getah terbesar dunia yang berpangkalan di Singapura meramalkan harga getah akan terus meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Susulan itu, Halcyon Agri Corporation Ltd, sedang mengintai peluang pengambilalihan untuk syarikat perladangan berkaitan untuk mengembangkan perniagaannya.

Harga getah dijangka mampu kembali kepada AS$2.50 (RM10.17) satu kilogram dalam tempoh dua tahun akan datang, lebih tinggi berbanding bawah paras AS$1.50 (RM6.10) ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Robert Meyer kepada Bloomberg.

Syarikat itu bercadang melabur dan mengembangkan bekalan getah kepada pengeluar produk seperti tayar, sarung tangan dan kondom bagi menggandakan pendapatan dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Saya tidak melihat mengapa 10 tahun akan datang harganya lebih murah berbanding purata 10 tahun sebelum ini,” kata Meyer.

Syarikat itu menyasar menjual 1.1 juta tan getah tahun ini dan kepada hampir sekali ganda jualan kepada dua juta menjelang 2020, katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 7 December 2017 5:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]