Kategori Ekonomi

Harga minyak boleh cecah A$100 satu tong

17 MEI: Ketua Eksekutif syarikat minyak gergasi Perancis hari ini berkata bahawa beliau tidak akan terkejut jika melihat harga satu tong minyak mentah mampu mencapai AS$100 (RM396) pada akhir tahun ini.

“Kita berada dalam dunia baharu. Kita berada dalam dunia di mana geopolitik menguasai pasaran sekali lagi,” kata Patrick Pouyanne dalam satu majlis yang diadakan oleh pasukan pemikir Washington.

Harga minyak meningkat secara sekata sejak musim panas apabila negara-negara pengeluar cuba untuk mengekang kemerosotan bekalan dan kebimbangan terhadap ketidakstabilan geopolitik.

Menghampiri 0950 waktu tempatan, satu tong minyak dari North Sea Brent telah melepasi AS$80 (RM317) buat pertama kali sejak November 2014.

Rombakan pasaran dari tekanan ekonomi Venezuela selain keputusan Donald Trump bulan ini untuk keluar dari perjanjian sekatan bersama mengenai program nuklear Iran telah meningkatkan harga minyak dengan lebih tinggi. -AFP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 11:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: