Kategori Ekonomi

Harga minyak dijangka pulih Jun : Daim

11 FEB: Permintaan yang semakin meningkat dari China, India dan Afrika dijangka menaikkan harga minyak mentah kepada antara US$ 65-US$70 setong tahun ini dengan pemulihan diunjur pada Jun.

minyak duniaBekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bagaimanapun berkata, harga minyak mentah tidak akan kembali kepada US$100 setong sebagaimana sebelum ini, dan US$65 hingga US$70 sudah cukup baik bagi tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2015 di sini hari ini.

Menurut Daim, penurunan harga minyak tidak dijangka dalam jangka panjang dan Malaysia akan dapat mengatasi cabaran yang berkaitan dengan keadaan itu.

Beliau berkata cabaran sekarang ialah untuk membuat keputusan dasar strategik dalam menghadapi ketidaktentuan dan tekanan.

Sementara itu, mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau berkata kerajaan perlu menjelaskan beberapa kekeliruan mengenainya.

Kira-kira 350 peserta menghadiri persidangan sehari itu yang menampilkan penceramah dari kalangan pembuat dasar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 3:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: