Kategori Ekonomi

Harga minyak dunia jatuh ekoran penggalian meningkat

20 MAC: Harga minyak susut pada dagangan awal Asia hari ini berikutan aktiviti penggalian minyak di Amerika Syarikat (AS) yang semakin meningkat.

Ia juga didorong oleh bekalan stabil dari negara OPEC walaupun langkah pengurangan pengeluaran memberi tekanan kepada lebihan bekalan dalam pasaran.

Harga minyak penanda aras Brent susut 20 cents daripada penutup terdahulu kepada AS$51.56 setong.

Niaga hadapan minyak mentah WTI pula susut 28 cents kepada AS$48.50 setong.

Peniaga berkata, harga berada di bawah tekanan disebabkan oleh peningkatan aktiviti cari gali dan bekalan yang masih tinggi daripada OPEC walaupun ia berjanji mengurangkan hasil kepada hampir 1.8 juta tong sehari bersama-sama pengeluar lain seperti Russia.

Firma pembrokeran, CMC Market, berkata minyak mentah semakin hampir untuk mengatasi julat dagangan yang dihasilkan tahun lalu.

Bagaimanapun aliran meningkat ini sudah terhenti.

“Kini, wujud momentum yang kuat dan bagus untuk aliran penurunan,” katanya.

Menurut firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes Inc pada Jumaat lalu, pengeluar AS menambah 14 lagi pelantar minyak pada minggu berakhir 17 Mac lalu dan menjadikan keseluruhan jumlah pelantar minyak adalah 631, yang terbanyak sejak September 2015.

Hasilnya, pengeluaran minyak AS meningkat kepada lebih 9.1 juta tong sehari daripada 8.5 juta tong sehari pada Jun tahun lalu.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 10:07 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]