Kategori Ekonomi

Harga minyak kembali stabil

14 MAC: Harga minyak stabil dalam dagangan hari ini selepas turun selama dua hari pada awal minggu ini.

Sokongan harga pada hari ini susulan laporan inventori mentah Amerika Syarikat tidak meningkat seperti yang dijangkakan pada musim bunga yang bermula.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$60.86 setong pada 0033 GMT, naik AS$0.15 sen atau 0.25 peratus berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan Brent pula AS$64.70, naik AS$0.06.

Inventori minyak Amerika Syarikat meningkat 1.2 juta tong pada minggu ini hingga 9 Mac lalu kepada 428 juta tong, kata Institut Petroleum Amerika (API), berbanding unjuran peningkatan sebanyak 2 juta tong.

Pengilangan minyak mentah meningkat sebanyak 85,000 tong sehari, menurut data API.

Walaupun begitu, keadaan pasaran umum kekal lemah dan harga minyak mentah tidak dapat kembali ke tahap awal 2018, yang mana menyaksikan harga Brent melebihi AS$70 setong dan hampir AS$67 setong untuk WTI.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 9:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: