Kategori Ekonomi

Harga minyak mentah naik

15 DIS: Harga minyak naik hampir 1 peratus berikutan gangguan paip di Britain terus menyokong harga walaupun ramalan menunjukkan lebihan minyak mentah global pada awal tahun depan.

Niaga hadapan West Texas Intermediate naik AS$0.44 atau 0.8 peratus kepada AS$57.04 setong.

Niaga hadapan minyak mentah Brent mencecah AS$62.44 setong.

Harga telah disokong oleh gangguan pada saluran paip minyak Forties yang dijangka bertahan beberapa minggu.

“Pada masa ini, kita tidak boleh mengabaikan kesan gangguan sistem pada saluran paip Forties kerana ia menyebabkan kekurangan ketara dalam pasaran,” kata John Kilduff, rakan kongsi di Again Capital Llc di New York

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang berpangkalan di Paris menjangkakan pasaran minyak mempunyai lebihan 200,000 tong sehari pada separuh pertama tahun depan sebelum kembali kepada defisit kira-kira 200,000 tong sehari pada separuh kedua.

Itu menunjukkan keseluruhan 2018 adalah “pasaran hampir seimbang”.

IEA berkata, keluaran minyak A.S. tahun depan akan meningkat sebanyak 870,000 tong sehari, meningkat daripada ramalan November sebanyak 790,000 tong sehari.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 December 2017 11:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: