Kategori Analisa Isu SemasaBerita Utama

Harga minyak turun lagi: Rafizi ungguli carta ‘kantoi’

15 JUN: Memalukan, jangkaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa harga petrol akan naik pada bulan Jun meleset.

Ini terbukti, sepanjang tiga minggu pertama Jun, harga minyak asyik turun.

Ternyata Ahli Parlimen Pandan itu terus mengungguli carta ‘kantoi’.

Untuk rekod, pada 6 Februari lalu, Rafizi dalam satu sidang akhbar memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa harga petrol dan diesel akan naik pada Jun 2017.

Analisanya berdasarkan beberapa maklumat pasaran dan unjuran seperti akhbar kewangan dunia Bloomberg,  Menteri Minyak Russia, Alexander Novak dan syarikat-syarikat gergasi minyak.

Rafizi juga ada pengalaman yang mendalam dalam hal harga minyak kerana dia sendiri mengaku dia bekas pegawai kanan Petronas.

Kononnya bersimpati dengan rakyat Malaysia, beliau berkata rakyat akan terbeban kerana harga petrol akan meningkat kepada RM2.70 pada Jun ini.

Berlawanan dengan jangkaan Rafizi, harga petrol RON95 telah turun sejak awal Jun iaitu dari 1-7 Jun 2017 (RM 2.10), 8-14 Jun 2017 (RM 2.05) dan terkini 15-21 Jun 2017 (RM 1.98).

Ternyata kenyataan Rafizi adalah pembohongan dan hasutan semata-mata untuk membuatkan rakyat marah terhadap kerajaan.

Hakikatnya, Rafizi dan Pakatan tidak mungkin mampu mengawal kenaikan harga petrol dan diesel kerana harga minyak mentah dunia bukan di bawah kawalan mereka.

Rakyat boleh tengok apa lagi ‘kantoi’ Rafizi selepas ini. Jangan pula dia kata hanya ‘bergurau’.

Share This:




Berita Bertarikh pada 15 June 2017 6:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]