Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Harga Ron95 RM1.89 seliter

28 JUN: Harga bahan api pengguna untuk minggu pertama Julai susut sehingga empat sen yang menyaksikan penurunan berturut-turut sejak awal Jun.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui siaran RTM1 serta akaun Twitter dibuat pada petang Rabu.

RON95 dan RON97 turun dua sen, manakala diesel pula kurang empat sen bermula tengah malam Rabu sehingga 5 Julai ini.

Berikutan itu, harga runcit RON95 adalah pada RM1.89 seliter, RON97  dengan RM2.15 seliter dan diesel berharga RM1.84 seliter.

Mekanisme harga baharu bahan api setiap minggu berkuat kuasa April lalu.

Harga berkenaan diuruskan mengikut sistem apungan sejak 1 Disember 2014.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 June 2017 6:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: