Kategori Berita Utama

Haron Din, Mat Sabu dan Karpal Singh tidak hadir Muktamar PAS

22 NOV: Muktamar PAS ke 59- yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, pada Jumaat menyaksikan kelibat dua tokoh utamanya tidak kelihatan.

Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr Haron Din dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), manakala Timbalan Presiden, Mohamad Sabu pula perlu menghadiri perbicaraan kes saman fitnah di mahkamah.

dr-haron-din2

HARON DIN…dimasukkan ke IJN hari ini (Jumaat).

“Dimaklumkan Dr Haron Din dinasihatkan berehat selama dua minggu,” umum Pengerusi Tetap Muktamar PAS ke-59, Datuk Abu Kassim Abdullah bagi menjelaskan ketiadaan Dr Haron.

Mohamad pula berhadapan kes saman fitnah yang difailkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Mohamad didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel ‘Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai’ dan ‘Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan’ yang telah dilapor dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lalu.

Majlis perasmian Muktamar PAS ke-59 ini akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

SUDAH DIJANGKA...Karpal tidak muncul walau dijemput dan diharap hadir.

SUDAH DIJANGKA…Karpal tidak muncul walau dijemput dan diharap hadir.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga tidak hadir pada Muktamar ke-59 PAS hari ini.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, mewakili pasrti itu, manakala satu lagi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, PKR diwakili oleh presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Turut kelihatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhd Taib.

Ekoran kontroversi yang tercetus membabitkan pemimpin DAP itu dan Pas baru-baru ini, ramai berharap Karpal datang ke muktamar tahunan parti itu untuk menjernihkan keadaan.

Karpal sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan, parti atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama perlu dibatalkan pendaftaran mereka kerana ia disifatkan “bahaya”.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 November 2013 4:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: