Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hasbullah Awang meninggal dunia

12 FEB: Pengulas sukan terkenal negara, Datuk Hasbullah Awang, 63 dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara dipercayai akibat komplikasi jantung.

Beliau yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) meninggal dunia pada 12.20 tengah hari, Khamis.

HASBULLAH AWANGBeliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di fasiliti perubatan tesebut sejak minggu lalu.

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1.

Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Beliau juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam twit terbarunya meluahkan rasa sedih ke atas pemergian Allahyarham yang dianggapnya sebagai ‘Suara Sukan Malaysia’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 3:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: