Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hasrat baik pulih jeti tercapai

Hasrat nelayan di Sungai Limau untuk membaik pulih jeti usang yang menelan belanja RM500,000 dipenuhi dengan pengumuman kelulusan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau boleh memberikan kelulusan segera terhadap permintaan itu kerana mempunyai kuasa berbuat demikian memandangkan beliau berada dalam kerajaan yang memerintah.

kempenbn

Antara ragam jentera BN untuk tarik sokongan di Sungai Limau

Walau bagaimanapun, bagi hasrat mereka untuk mewujudkan pasaran yang nelayan bagi mengurangkan pergantungan kepada orang tengah, Muhyiddin berkata agensi-agensi berkaitan mungkin boleh membantu.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Kedah telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk membina tukun tiruan bagi membantu meningkatkan sumber perikanan di seluruh negeri.

“Kami boleh menyediakan semua ini kerana kita memegang kuasa pemerintahan,” katanya pada majlis sarapan 1Malaysia dengan kelompok nelayan di Kuala Dulang, Rabu.

Beliau berkata adalah sukar bagi wakil rakyat dari pakatan bukan pemerintah untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan kerana mereka tidak mempunyai akses kepada sumber-sumber yang diperlukan.

Muhyiddin menyeru pengundi Sungai Limau untuk menyokong calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

“Tidak banyak yang boleh dilakukan PAS untuk membantu rakyat kerana mereka tidak ada kuasa sebagai pemerintah,” katanya.

tpmmedia

Muhyiddin sempat bergambar dengan sebahagian petugas media di PRK DUN Sungai Limau.

Sohaimi menghadapi saingan satu lawan satu dengan Mohd Azam Mat Samat (PAS) untuk merampas kerusi Sungai Limau yang kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Tarikh pengundian adalah pada 4 November.

Terdahulu Pengerusi Persatuan Nelayan Yan, Saidin Kassim menggesa pihak berkuasa membaiki jeti, menubuhkan pasar nelayan, mendalamkan muara dan memeriksa pencerobohan berterusan bot pukat tunda.-30/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 October 2013 1:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: