Kategori Berita Utama

Hayati roh perjuangan dan sejarah UMNO

10 MEI: Semua pemimpin dan akar umbi parti digesa menghayati roh perjuangan UMNO serta mempertahanan agenda rakyat khususnya bangsa Melayu tanpa meminggirkan bangsa lain.

Ahli Majlis Tertinggi parti, Datuk Ab Aziz Kaprawi menjelaskan pelbagai usaha yang dilakukan oleh Presiden serta barisan kepimpinannya supaya UMNO terus kekal relevan meskipun akan berusia 71 pada tengah malam ini.

Menurutnya lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pelbagai pendekatan antaraya adalah mendekati golongan muda melalui transformmasi Nasional (TN50) yang disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.

“Hari ini kita berada di zaman digital  dan UMNO perlu terus relevan dengan golongan  muda masa kini. ia bertujuan supaya anak muda ini terus mencipta kecemerlangan dan kejayaan selaras dengan gagasan TN50 yang dicetuskan oleh presiden selaku Perdana Menteri.

“Daripada langkah tersebut, kita dapat merasai anak muda terus mendokong perjuangan UMNO dalam mempastikan masa depan negara dapat diurus tadbir dengan baik dan harmoni sekaligus Malaysia dapat mencapai negara bertaraf dunia,” katanya kepada BNBBC.my portal, Rabu.

Sambutan ulang tahun UMNO yang bermula hari ini dan besok di Stadium Bukit Jalil akan menjadi yang terbesar pernah diadakan dalam sejarah parti itu dengan jangkaan penyertaan lebih 140,000 anggotanya dari seluruh negara.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusof dilaporkan berkata sejajar dengan ‘mood’ Pilihan Raya Umum (PRU) 14 yang semakin dirasai, sambutan ulang tahun kali ini memaparkan kesepakatan UMNO dan BN umumnya sebagai parti pilihan rakyat.

Sementara itu seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan semua ahli tidak melupakan sejarah UMNO supaya tidak mengulangi kesalahan yang pernah terjadi suatu ketika dahulu.

“Saya berharap ahli parti bermuhasabah dan melihat sejauh mana pencapaian kita selama ini.

“Selain itu, kita juga perlu memahami semagat perjuangan utuh yang terbina sejak sekian lama bagi memastikan UMNO terus segar,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 11:38 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: