Kategori Berita Antarabangsa

Helikopter bertembung, lima terbunuh

3 FEB: Seramai lima orang terkorban apabila dua buah helikopter tentera bertembung antara satu sama lain berdekatan bandar pelancongan Saint-Tropez, selatan negara ini.

Pihak berkuasa wilayah Var berkata dua helikopter berkenaan yang berpangkalan di Cannet-des-Maures bertembung berdekatan tasik Carces, kira-kira 50 kilometer barat laut Saint-Tropez.

“Kesemua mangsa yang berada di dalam helikopter tersebut mati,” kata polis di bandar Brignoles selain menambah satu lagi mayat masih lagi sedang cuba dikeluarkan dari bangkai helikopter.

Kira-kira 20 tentera bersama-sama helikopter penyelamat dan polis berada di tempat kejadian.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 February 2018 10:02 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: