Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Henti kaitkan Sultan Johor, TMJ dengan isu politik

6 MAC: Majlis Jumaah Diraja Johor mengecam laporan portal berita Singapura yang didakwa menyiarkan kenyataan palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata The Independent memutar belit kenyataan TMJ berkenaan isu politik antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan hartawan, Tan Sri Robert Kuok.

“TMJ tidak pernah memberikan kenyataan mengenai isu berkaitan.

“Saya meminta pihak luar berhenti daripada mengaitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Ismail dengan isu-isu politik,” katanya menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers.

Rahim juga menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan kenyataan rasmi dua pemimpin tertinggi Johor berkenaan menerusi sumber yang sahih.

“Saya ingin menegaskan kepada anda semua bahawa segala kenyataan yang dibuat daripada Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail hanya akan dikeluarkan oleh laman rasmi The Royal Johor (Royal Press Office), laman rasmi Johor Southern Tigers dan akhbar The Star.

“Jikalau ada kenyataan daripada sumber luar selain daripada yang saya nyatakan di atas, ia adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilaporkan berkata siasatan awal mendapati artikel terbabit sudah diturunkan oleh pihak pentadbir laman sesawang berkenaan.

“Bagaimanapun, Siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 5:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: