Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hentikan viral video kanak-kanak diraba buat laporan polis

22 JAN: Pengguna media sosial digesa agar tidak menyebarkan video seorang lelaki meraba dan mencium kanak-kanak wanita.

Sebaliknya, tegas Aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi mereka sepatutnya melaporkan video itu kepada pihak berkuasa.

“Tolong berhenti sebarkan video lelaki yang meraba dada kanak-kanak perempuan di Kedah itu, yang mula beredar sejak semalam.

“Saya telah cuba untuk mendapatkan lokasi tepat kejadian untuk membuat laporan, dan meminta semua yang berkongsi video itu untuk membuat laporan.

“Tanpa mengira kewarganegaraan, tolong lindungi kanak-kanak itu,” katanya di Facebook.

Dalam video itu, seorang lelaki dewasa dilihat meribakan kanak-kanak itu sambil berulangkali menciumnya.

Tangan kanannya pula dilihat berada di dalam baju kanak-kanak itu, dan meraba dadanya.

Rakaman berdurasi 20 saat itu berlatarbelakang muzik rancak dan tidak mengaburkan muka kanak-kanak itu.

Antara laman Facebook yang memuatnaik rakaman itu adalah ‘Durian Media’.

Laman itu mendakwa kejadian berlaku di sebuah ‘fun fair’ di Kedah, pada pukul 11.30 malam kelmarin.

Bagaimanapun hasil semakan sebentar tadi video tersebut telah pun dipadam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2018 10:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: