Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Himpunan jentera dua sayap UMNO di Pagoh

8 MAC: Dalam usaha memenangi hati pengundi muda, perhimpunan gergasi jentera Pemuda dan Puteri UMNO akan dianjurkan pada Sabtu ini sebagai sebagai simbolik jentera parti menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata acara yang bakal berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh di Johor bakal dilancarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

“Ini merupakan pelancaran secara rasmi dan terakhir jentera kami sebelum Parlimen dibubarkan.

“Jentera kami memang sudah mula bergerak awal lagi tetapi ini simbolik gerakan fasa terakhir,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di ibu kotahari ini.

Tambah Khairy, perhimpunan itu dijangka dihadiri lebih10,000 ahli dan jentera daripada kedua-dua sayap UMNO itu.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah calon muda yang bakal bertanding pada PRU14, Ahli Parlimen Rembau itu berkata beliau menyerahkan keputusan itu pada pimpinan tertinggi BN.

“Senarai akhir calon yang sebahagian besarnya terdiri daripada muka baharu sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Selain itu, kita juga bakal mengemukakan manifesto untuk orang muda yang akan dikeluarkan selepas manifesto utama BN,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 March 2018 9:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: