Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hina graduan satu kesilapan besar

20 JAN : Tindakan Tun Mahathir Mohamad yang menghina graduan mendapatkan pendapatan sampingan adalah suatu kesilapan besar.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin penghinaan tersebut sepatutnya tidak boleh diungkapkan oleh Tun Mahathir sebagai seorang negarawan.

Ini kerana jelasnya lagi ia bukan suatu perkara yang salah jika mereka cuba membuat kerja sampingan untuk mendapatkan pendapatan lebih bagi menampung kehidupan mereka.

“Saya rasa memang silap besar dia (Mahathir) berkata sedemikian. Hari ini kita tengok ramai orang malahan akauntan pun bawa Uber dan Grab, saya rasa tak salah pun mereka nak menambah pendapatan sampingan.

“Kita tengok hari ini rakyat Malaysia pun suka dan ada pilihan daripada naik teksi atau kereta sewa, mereka boleh mengambil Uber atau Grab,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sahabat Puteri Barisan Nasional (BN) atau Azalea 2018 di Kuala Lumpur, Sabtu.

Kenyataan beliau itu adalah sebagai respon terhadap Tun Mahathir yang sebelum ini mendakwa ramai graduan menjual nasi lemak dan menjadi pemandu Uber sebagai memalukan serta kegagalan kerajaan.

Mahathir juga mendakwa ia bukan sahaja memalukan bahkan dua kerjaya itu menunjukkan kerajaan sendiri gagal menyesuaikan bidang kemahiran graduan dengan peluang kerja.

Mas Ermieyati berkata, tidak salah graduan memilih kerjaya sebagai usahawan makanan atau penyedia perkhidmatan pengangkutan sebagai kerjaya selepas tamat pengajian di universiti.

“Jadi peluangnya banyak. Apa salahnya untuk wanita, saya tengok wanita pun ambil peluang jadi pemandu Grab dan Uber.

“Bagi wanita muda, saya rasa hari ini kita patut fikirkan pelbagai kaedah lain untuk kita menambahkan pendapatan dan itu tidak salah,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2018 6:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: