Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hina KPN di laman sosial, penghantar surat didakwa

29 SEPT: Seorang penghantar surat sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Siber di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memuat naik status yang bersifat menghina dan jelik terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Rosmin Mohamed Noor, 40, yang merupakan orang kena saman membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Zaman Mohd Noor.

mahkamah-siberDia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 708, Kampung Teluk Bahru 2,  Lundang, Kota Bharu, Kelantan, pada 10.10 pagi, 22 Sept lepas mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Rosmin diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Nurul Jannah Abdul Rahman yang menyebut bagi pihak peguam yang  mewakili Rosmin memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu kerana orang kena saman tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Katanya Rosmin juga seorang bapa tunggal dan mempunyai seorang anak berusia 13 tahun dan penanggung tunggal keluarganya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 September 2016 3:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: