Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hina PM: Peniaga FOREX dipenjara sehari

19 JUN: Seorang pedagang tukaran mata wang asing (FOREX) dipenjara sehari serta denda RM4,000 selepas mengaku bersalah pada hari ini selepas membuat kenyataan di media sosial yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tertuduh, Mohd Nasaruddin Saron, 41, didakwa membuat kenyataan itu di Samsung Galaxy Tab miliknya pada 26 Oktober tahun lalu.

Ianya didakwa diketahui umum sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Melalui kenyataan itu, Mohd Nasaruddin dikatakan merungut mengenai kenaikan harga barang serta pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zaman Mohd Noor memerintahkan tertuduh dipenjara sehari dan denda RM4,000.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 June 2017 3:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]