Kategori Berita Utama

Hina Speaker: Apabila politik, hipokrit mengatasi etika MP

14 MAC: Semalam, sebelum Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengutus surat meminta tiga Ahli Parlimen DAP memohon maaf kerana menghina Speaker dan Dewan Rakyat, wakil rakyat pembangkang terbabit menyatakan bersedia digantung sesi parlimen.

Ini susulan kenyataan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mencadangkan Nga Kor Meng (Taiping), V. Sivakumar (Batu Gajah) dan Ngeh Koo Ham (Beruas) dikenakan tindakan kerana mendesak Pandikar melepaskan jawatan.

Ketiga-tiga mereka semalam memberi alasan cuba menegakkan kebenaran dengan membuat desakan itu selepas Dewan menolak usul berhubung isu rampasan kapal mewah milik ahli perniagaan, Jho Low di Indonesia dan soalan berkaitan 1MDB pada 7 Mac.

Hari ini berdasarkan laporan sebuah portal, tiga ahli parlimen DAP dimaklumkan supaya memohon maaf kepada Pandikar melalui surat Speakar itu kepada Nga, Ngeh dan Sivakumar.

Surat itu tentunya memberi peluang kepada wakil rakyat DAP itu untuk memohon maaf secara terbuka di dalam Dewan atas tuduhan yang dibuat terhadap Pandikar.

Buku Peraturan Mesyuarat yang patut dibaca dan difahami setiap Ahli Parlimen ketika berada di dalam Dewan

“Kegagalan Yang Berhormat untuk meminta maaf akan menyebabkan tindakan tegas diambil terhadap Yang Berhormat,” kata Speaker seperti dilapor portal berkenaan

Namun, tidak mustahil tiga ahli parlimen DAP itu enggan memohon maaf kepada Pandikar yang pastinya tersinggung dengan kenyataan mereka bahawa speaker tidak sepatutnya menjadi “sekutu untuk menutup skandal rasuah”.

Sikap degil dan keras ketiga-tiga mereka bukan sesuatu yang baru di Dewan Rakyat malah mereka juga menunjukkan karektor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum ini.

Apatah lagi dengan penggal ke 13 Parlimen yang akan berakhir seminggu dua ini, mereka tahu, kerajaan tidak sempat untuk membawa usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat 27 (3) bagi membolehkan tindakan terhadap mereka.

Ini bermakna, usul tersebut tidak boleh di bawa kepada penggal ke 14 Parlimen sama ada ketiga-tiga mereka masih atau tidak lagi terpilih sebagai ahli parlimen.

Sudah tentu, Pandikar juga menyedari perkara ini namun beliau tentu membuat keputusan menghantar surat menuntut permohonan maaf sebagai satu cara bagi mengingatkan ahli-ahli parlimen bahawa menghina Speaker dan Dewan adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

Untuk rekod,  Ahli Parlimen DAP Batu Gajah Fong Po Kuan pernah  digantung tugas enam bulan sebagai Ahli Parlimen kerana menghina dan enggan memohon maaf kepada Speaker Dewan Rakyat Tun Mohamad Zahir Ismail kerana menuduh Speaker menyalahguna kuasa budibicara ketika menolak usul mengenai isu peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) pada 2001.

Sebagai peguam, tiga ahli parlimen DAP itu menghipokritkan diri masing-masing kerana mereka tahu Peraturan Mesyuarat tetapi sengaja melanggarnya semata-mata untuk publisiti murahan.

Mereka telah mendahulukan kepentingan politik daripada etika sebagai ahli parlimen dan pengamal undang-undang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 11:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: