Kategori Berita Utama

Hisham tak merajuk, akan kempen di Sg Limau

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang baharu diberi mandat sekali lagi oleh perwakilan untuk mengekalkan jawatan naib presiden akan turun ke Sungai Limau untuk memberi sokongan pada hari penamaan calon 23 Oktober ini.

Katanya, tidak timbul isu ‘merajuk’ dengan UMNO Kedah yang memberikan undi kepada Menteri Besar, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang turut bertanding jawatan sama tetapi tewas kepadanya.

hishamWalaupun bersaing sengit, Hishammuddin berjaya mengekalkan kedudukan dengan 101 undi bahagian bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (188) dan Datuk Seri Shafie Apdal (177) sekali gus meninggalkan Mukhriz yang mengekori rapat dengan 91 undi bahagian.

“Tidak…jauh sekali (merajuk). Kalau merajuk, kalau ada PRK di Johor nanti Datuk Mukhriz merajuk dengan Johor pula,” katanya, berseloroh.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong berkata setiap calon yang masuk bertanding adalah ibarat satu keluarga dan perwakilan sudah membuat keputusan memilih pemimpin mereka.

Justeru katanya, apa yang paling penting sekarang ialah melihat ke hadapan dan paling hampir, pilihan raya di Sungai Limau.

“Kita perlu lihat ke hadapan. Yang kita berdepan (di Sungai Limau) bukan ahli Umno tapi yang kita lihat sebagai saingan politik…itu yang lebih penting,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bahagian-bahagian yang tidak mengundinya, beliau berkata itu tidak bermakna beliau tidak mempunyai penyokong.

“Orang yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua.

“Kalau tak dapat satu undi bahagian tak bermakna saya tak ada penyokong,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mahu semua yang bertanding sama ada menang atau kalah menghulurkan tangan persahabatan bagi mengukuhkan parti dan menyayakan Agenda Nasional.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan, tugas besar semua calon yang menang adalah membantu BN mencapai kejayaan dalam PRK Sungai Limau. -21/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 October 2013 6:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: