Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hishammudin: Jason layak bertanding Gelang Patah

4 FEB: Calon BN di Parlimen Gelang Patah harus diterima pengundi dan tidak ‘melarikan diri’ selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14.

Pada masa sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju secara prinsip bahawa Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Datuk Jason Teoh (foto) yang dikenali masyarakat di situ, dilihat layak bertanding di kawasan parlimen berkenaan.

“Di Gelang Patah kita perlukan calon yang boleh diterima rakyat.

“Gelang Patah cukup penting dan harap jentera parti dekati semua yang ada di luar. Saya tengok semangat yang luar biasa di Gelang Patah,” katanya yang juga Menteri Pertahanan.

Hishammuddin berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina 2018 di Dewan Raya Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Taman Damai Jaya, Skudai, Ahad.

Turut hadir, Pengerusi BN Bahagian Gelang Patah, Khairi Malik, Jason Teoh dan Ketua Gerakan Bahagian Gelang Patah, Albert Teoh.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 February 2018 5:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: