Kategori Berita Utama

HIshammudin sudah dipindahkan ke wad biasa

6 DIS :Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammjuddin Tun Hussein sudah dipindahkan ke wad biasa selepas menjalani pembedahan akibat arteri di sebuah hospital swasta di Ampang.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan itu di tempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Sumber rapatnya beritahu bnbbc.my, Hishammuddin di pindahkan ke wad biasa selepas menerima kunjungan Yang Di Pertuan Agong, pagi Khamis.

“Keadaannya stabil dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presiden dan timbalannya sudah mengunjungi beliau,” ujarnya.

hishamhj

GAMBAR TERBARU Hishammuddin yang dikunjungi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin di hospital swasta Ampang

Hishammuddin turut bertanya mengenai perkembangan Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di PWTC pada rakan-rakan parti yang menziarahi.

Kata sumber, selain doktor, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihatinya supaya berehat.

Sebelum ini, tahap kesihatan Hishammuddin menimbulkan pelbaga spekulasi kerana tiada beritanya atau visual keadaannya selepas dimasukkan ke hospital Selasa.

Pegawai-pegawai beliau sendiri memilih untuk ‘gam mulut’ mengenai perkembangan lanjut Menteri Pertahanan tersebut.

Jika kita periksa akuan twitter beliau, kali terakhir dikemaskini adalah empat hari lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi yang ditemui Agendadaily bagaimanapun tolak semua spekulasi tersebut.

Katanya, keadaan Datuk Hisham ‘baik-baik saja’.

“Saya akan melawat beliau petang ini,”ujarnya.

Beliau menolak khabar angin bahawa beberapa bidang tugas Datuk Hisham diperingkat kementerian akan dipangku oleh orang lain.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2013 3:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: