Kategori Berita Utama

Hishamuddin Rais bongkar dan sahkan Dr.Mahathir ‘barua’ PH

6 JAN: Aktivis terkenal PKR, Hishamuddin Rais dalam satu artikelnya semalam secara terbuka mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan oleh pembangkang.

Bekas perdana menteri yang berusia 92 tahun itu dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan sebenarnya dieksploitasi pembangkang demi mendapatkan sokongan orang Melayu di kawasan kampung dan FELDA.

Artikel beliau itu dipercayai ditujukan kepada penyokong PKR yang bantah Mahathir menjadi calon Perdana Menteri dengan menyebut langkah tersebut merupakan strategi pernah digunakan oleh komunis satu ketika dahulu.

Ini termasuk “Mengepung Kota Dari Desa” bagi menjadikan China sebuah negara republik hingga hari ini.

“Dalam politik Malaysia kunci perubahan ialah Melayu. Tanpa Melayu sampai kiamat pun Malaysia tidak akan berubah. Justeru Pakatan Harapan wajib mendapatkan sokongan undi baharu dari Melayu.

“Justeru saya mengajukan pandangan dari awal lagi agar Mahathir dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri. Ini dalam usaha untuk mendapatkan sokongan penambahan peratusan undi Melayu,” kata Hishamuddin dalam artikel yang disiarkan oleh portal berita propembangkang.

Pakatan Harapan diketuai oleh DAP dan anggota partinya adalah PKR, PAN dan parti baru Mahathir iaitu PPBM.

Mahathir keluar UMNO dua tahun lalu gara-gara kecewa kepentingan peribadi dan kroni-kroninya tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hishamuddin memberi contoh bagaimana Mahathir dipergunakan oleh Pakatan Harapan untuk memancing undi Melayu berdasarkan pengalaman beliau berceramah di FELDA Tersang bersama pemimpin DAP awal tahun lalu.

Kata beliau, cuma 17 tetamu hadir majlis tersebut, namun kini beribu orang Melayu FELDA menghadiri setiap ceramah DAP kerana ada Mahathir dalam ceramah tersebut yang meminta mereka menyokong pembangkang.

Justeru, beliau menggesa seluruh penyokong Pakatan Harapan terutama PKR supaya menerima hakikat bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini dicanang-canang calon Perdana Menteri pembangkang berada dalam penjara.

Bagaimanapun, beliau meminta semua penyokong pembangkang jangan khuatir kerana Mahathir sudah berusia 93 tahun ini dan hanya dapat menjadi Perdana Menteri untuk tempoh yang sekejap.

Beliau turut mengingatkan penyokong Pakatan Harapan bahawa jenayah Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun termasuk rasuah, beri projek pada kroni, mengarahkan Operasi Lalang dan menangkap para reformis bukan kesalahan yang besar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 January 2018 10:41 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: