Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenTragedi MH370

HMS Echo sedang tentukan ‘ping’ dari MH370

7 APR: Misi mencari kotak hitam milik pesawat MH370 diteruskan dengan kapal laut British, HMS Echo yang dilengkapi peralatan canggih bagi mengesan bunyi tiba di selatan Lautan Hindi, Isnin.

Ini bagi menentukan sama ada isyarat `ping’ yang diterima di dasar laut oleh kapal China itu datangnya daripada pesawat MH370.

Laporan menyebut HMS Echo tiba di kawasan baharu dan kini berusaha untuk menentukan apakah bunyi itu kerana kuasa bateri yang memancarkan bunyi daripada kotak hitam itu dikatakan hampir kehabisan.

hmsechoSementara itu, kapal laut Australia, Ocean Shield yang membawa pengesan bunyi berteknologi tinggi dari Tentera Laut Amerika Syarikat, sedang menyiasat satu lagi isyarat pada jarak kira-kira 555 kilometer. 

Pihak berkuasa Australia berkata, selepas penyiasatan selesai, Ocean Shield akan belayar ke kawasan baharu bagi membantu HMS Echo.

Dalam pada itu kira-kira sembilan pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal menyertai misi mencari pesawat MH370 hari ini.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata, kawasan sasaran pencarian membabitkan kawasan 234,000 kilometer persegi.

Pasukan mencari meramalkan cuaca hari ini baik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2014 10:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: