Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hospital Shah Alam beroperasi Oktober ini- Subra

4 OGOS: Hospital Shah Alam akan mula operasi Oktober ini secara berperingkat dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari tahun depan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramanium.

“Kita akan mula pada oktober ini untuk perkhimatan pesakit luar sahaja, manakala operasi sepenuhnya penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Segala peralatan sudah ada cuma sekarang kita sedang melakukan pemeriksaanhsa sebelum ia digunakan untuk operasi sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hospital Shah Alam oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Selasa.

Mengulas lanjut Subramanium berkata,  kos keseluruhan pembinaan Hospital tersebut adalah sebanyak RM 549 juta.

Katanya kos tersebut dikira sejak projek tersebut bermula pada 2007 dibawah kendalian kontraktor Sunshine Fleet Sdn Bhd  sehingga ia ditukar kepada kontraktor Gadang Engineering (M) Sdn Bhd dan diserahkan secara rasmi pada 4 Ogos 2015.

Pembinaan hospital ini di Seksyen 7 ini dilanda kontroversi sejak kerja-kerja pembinaan mula dijalankan pada 2007 apabila beberapa kali tertangguh sekaligus kos pembinaan meningkat.

Mengikut perancangan asal, Hospital Shah Alam yang menyediakan 2,300 katil itu sepatutnya siap dibina pada 2011.

Ia bagaimanapun ditangguhkan pada 2013 kerana masalah kontraktor dan terbaru hanya mula beroperasi pada awal tahun depan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 August 2015 5:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: