Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hospital Tung Shin terima sumbangan RM3 juta

16 NOV: Pusat perubatan swasta di negara ini boleh digarap sebagai pemangkin untuk mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia boleh dicapai menerusi pemberian sumbangan atau menjalankan projek tanggungjawab sosial korporat kepada pesakit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan seorang pesakit yang menjalani rawatan sempena lawatan ke Hospital Tung Shin.

“Kalau dalam bidang sukan, seperti badminton, apabila Lee Chong Wei bermain, semua sokong. Ia satu bentuk mempromosi perpaduan nasional.

“Dalam bidang kesihatan pula, jika hospital swasta memberi sumbangan, ia mempromosi perpaduan nasional,” katanya.

Najib berkata demikian ketika melawat Hospital Tung Shin (TSH) dan Chinese Maternity Hospital (CMH) di Jalan Pudu, ibukota hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk J Loga Bala Mohan dan Presiden TSH merangkap Pengarah CMH, Tan Sri Khoo Chai Kaa.

Pada masa sama, Najib turut mengumumkan sumbangan kerajaan Persekutuan sebanyak RM3 juta bagi menyiapkan pembinaan Pusat Rawatan Jantung di TSH.

Kos pembinaan pusat berkenaan berjumlah RM10 juta, dimana sejumlah RM7 juta berjaya diperolehi hospital itu dari hasil derma orang ramai serta syarikat koporat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 November 2017 9:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: