Kategori Berita Antarabangsa

HSR di Singapura dijangka dibina tahun depan

16 APRIL: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) sudah membuka tender bagi Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura untuk bahagian negara itu.

Laporan The Straits Times, hari ini yang memetik seorang jurucakap agensi itu berkata pembinaan dijangka bermula pada 2019.

“Kami membuka tender bagi reka bentuk dan pembinaan terowong berkembar dan kemudahan berkaitan pada 6 April.

“Manakala tender reka bentuk dan pembinaan terowong tertutup menuju terminal Jurong East dibuka pada 11 April,” katanya.

Menurut LTA, baki tender sivil lainnya akan dibuka pada bulan akan datang dan pembinaannya dijangka bermula pada tahun depan.

“Rancangan untuk memulakan perkhidmatan ekspres Kuala Lumpur-Singapura menjelang 2026 adalah mengikut jadual,” kata jurucakap.

Laluan HSR Kuala Lumpur-Singapura sejauh 350-kilometer dijangka mengurangkan tempoh perjalanan antara dua kota itu kepada 90 minit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 10:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: