Kategori Berita Utama

Hudud: PAS sepatutnya takbir kenyataan Ketua Hakim Syarie

Kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad bahawa pihaknya sudah bersedia menguatkuasakan undang-undang Hudud sepatutnya diterima sebagai pintu yang terbuka luas oleh PAS bagi melaksanakannya bukan menjadikan perlembagaan sebagai alasan ianya tidak boleh dilakukan.

Daud antara lain menyatakan, pelaksanaan undang-undang Islam di negeri wajar kerana diluluskan oleh semua wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, keputusan yang dibuat adalah sebulat suara, iaitu PAS, UMNO dan BN bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud di negeri tersebut.

hududpas

HADI pernah jelaskan Hudud bukan agenda utama dalam pakatan pembangkang.

Peguam Datuk Zulkifli Noordin berpendapat, apabila Ketua Hakim Syarie Kelantan menyatakan mahkamah sudah bersedia, bermakna segala infra bagi pelaksanaan hukuman Hudud sudah disediakan.

“Sebelum ini, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana mahkamah belum bersedia, mungkin tidak mahir lagi. Sekarang Ketua Hakim Syarie kata dah ada. Tidak patut timbul persoalan tak boleh laksana dan dikaitkan dengan perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada BNBBC.MY.

Beliau mengulas kontroversi dalam PAS yang masih berbelah bahagi untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

Zulkifli, bekas ahli parlimen PKR Kulim Bandar Bharu yang kemudian meninggalkan parti itu dua tahun lalu berkata, PAS boleh melaksanakan Hudud sekarang kerana  isu perlembagaan itu adalah diperingkat perlaksaan dan hanya berbangkit jika ada pihak pertikai.

“Sebelum ini PAS bising nak laksanakan Hudud. Di PRK Sungai Limau masih jadi bahan kempen. Dengan kenyataan terbuka Ketua Hakim Syarie yang bersedia melaksanakannya tetapi dijawab PAS yang mengaitkannya dengan perlembagaan Persekutuan membuktikan Hudud hanya retorik politik PAS,” tegasnya.

Katanya, undang-undang itu sudah boleh dilaksanakan dan soal perlembagaan tidak timbul kecuali dibangkitkan ketika pelaksanaan hukuman kelak.

“Pada saya ini sikap berdolak dalih PAS dalam isu pelaksanaan Hudud.  Sepatutnya saranan Ketua Hakim Syarie itu disambut dengan takbir bukan menjadikan perlembagaan sebagai alasan tidak melaksanakannya,” kata beliau.

Zulkifli yakin PAS sebenarnya gentar dengan rakan sekutu mereka, DAP mempertikai cadangan PAS untuk melaksanakan Hudud sebelum ini.

Malah katanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri berdolak dalih dalam isu kerana sudah menandatangani memorandum persefahaman bersama DAP dan PKR bahawa Hudud bukan keutamaan atau sebahagian agenda pembangkang.

“Kenapa Hadi depan PAS cerita lain, depan DAP cerita lain. Ini semua retorik politik,” katanya. – 19/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 November 2013 3:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: