Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hukuman lebih berat jenayah seks lulus

Selepas dua hari perbahasan, Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat terhadap mereka yang melakukan jenayah seksual, jenayah terancang serta mencederakan pasangan masing-masing, diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Bagaimanapun, dua fasal iaitu Fasal 5 berhubung kesalahan menggunakan, mengiktiraf dan mempromosi bendera kebangsaan selain daripada bendera Malaysia dan Fasal 33 yang memperuntukkan kesalahan vandalisme dikeluarkan daripada rang undang-undang itu.

dewanparlimenRang undang-undang itu mula dibahas, Isnin  selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri membentangkannya untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Nancy ketika menggulung rang undang-undang itu berkata pindaan terhadap Kanun Keseksaan merupakan kesinambungan daripada Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara tujuan utamanya ialah memerangi jenayah terancang.

“Melalui pindaan itu, ia memantapkan lagi usaha pihak berkuasa untuk memerangi jenayah terancang dengan lebih komprehensif kerana kita mempunyai ekosistem (perundangan) yang berkesan.

“Lihatlah pindaan ini daripada sudut perspektif yang sihat dan lebih progresif. Sebenarnya, kita sentiasa menerima pandangan daripada pihak pembangkang,” katanya.

Ketika menjawab gesaan pembangkang supaya kerajaan mengeluarkan Fasal 11 (Seksyen 203A) berhubung kesalahan mendedahkan maklumat, Nancy menegaskan kerajaan tetap mempertahankan seksyen itu berikutan berlakunya kebocoran maklumat sebelum ini.

“Ini amat berkaitan dengan maruah negara,” katanya.

Seksyen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. – 22/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 October 2013 11:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: