Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hukuman penjara jika salahguna gelaran

25 OKT: Orang awam kini boleh menyemak senarai daftar semua penerima anugerah di peringkat Persekutuan dan negeri bagi mengekang penyalahgunaan gelaran oleh individu tidak bertanggungjawab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu adalah selaras dengan Akta Lambang dan Nama  (Pindaan) 2016 dan Akta Anugerah 2016 yang mula berkuatkuasa hari ini.

“Pindaan akta ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memelihara institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri daripada dicemari oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Oleh itu, kerajaan menaikkan hukuman penalti dan hukuman penjara dimasukkan bagi mencerminkan keseriusan kesalahan dan sebagai faktor pencegahan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Menurutnya lagi, penguatkuasaan akta ini mampu menangani kes-kes penipuan yang dihadapi orang awam.

“Justeru itu, bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan, orang awam boleh melayari laman web protokol Persekutuan www.istiadat.gov.my, kata Ahli Parlimen Pengerang itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 October 2017 4:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: