Kategori Ekonomi

Hutang isi rumah menurun namun masih tinggi

13 FEB : Kadar hutang isi rumah di Malaysia masih berada pada tahap tinggi iaitu sekitar 86 peratus dan ia mengambil masa yang lama untuk merekodkan penurunan ketara.

gaji koyak“Kadar hutang isi rumah secara keseluruhan masih tinggi, namun selepas pelaksanaan peraturan pinjaman baru yang lebih ketat, hanya peminjam yang berkelayakan saja boleh membuat pinjaman.

“Dengan pekerjaan dan pendapatan yang lebih stabil, peminjam layak membuat pinjaman dan mengelakkan daripada tahap keberhutangan yang terlalu tinggi,” kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurutnya, pertumbuhan pinjaman terkumpul isi rumah yang dicatatkan pada akhir Disember 2014 terus menyederhana kepada 9.9 peratus berbanding 10.7 peratus yang dicatatkan tiga bulan sebelumnya.

syarat bnmPrestasi itu katanya, dianggap sebagai berjaya susulan beberapa langkah awal yang diambil dalam memastikan hutang isi rumah berada pada paras berhemat.

“Langkah BNM dalam mengetatkan syarat pinjaman merangkumi pembiayaan kenderaan, perumahan dan peribadi berjaya merekodkan penurunan apabila hanya mereka yang benar-benar layak saja dapat membuat pinjaman,” katanya.

hutangDalam pada itu, kadar hutang tidak berbayar (NPL) pula terus mencatatkan kadar lebih rendah iaitu sekitar 1.2 peratus yang menjadi petanda positif kepada tahap hutang isi rumah di Malaysia.

“Malah, kadar pertumbuhan pinjaman peribadi juga menurun kepada lima peratus berbanding 10 peratus pada tahun sebelumnya,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 4:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: