Kategori Analisa Isu Semasa

Hutang Malaysia: Berapa Angka yang sebenarnya?

24 MEI: Kerajaan baru yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bahawa hutang negara berjumlah RM1 trilion. Benarkah angka itu?

Angka berkenaan nyata mengundang persoalan kerana terdapat percanggahan yang besar dalam hutang yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pengumuman beliau itu.

BNM menyatakan hutang kerajaan adalah sebanyak RM686 bilion dalam laporannya. Baca sini, lihat kolum “Central Government Debt”

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic_nsdp

Manakala The Edge Financial Daily dalam laporannya pada 6 Januari lalu memaklumkan kerajaan merekodkan hutang sebanyak RM687.43 bilion pada akhir September 2017.

Bulan Mac lepas, IMF menyatakan Malaysia menguruskan hutang dengan baik dan jumlah hutang itu makin berkurang.

https://www.imf.org/en/News/Articles/2018/03/07/NA030718-Malaysias-Economy-Getting-Closer-to-High-Income-

Status

Kenapa dalam masa 14 hari sahaja, tiba tiba hutang jadi 1 trillion? Pelik.

Angka-angka berkenaan menunjukkan perbezaan ketara dengan pengumuman yang dibuat oleh Dr. Mahathir dan jika tidak diperjelaskan maka a akan mengundang kekeliruan ramai terutama kepada pelabur asing.

Bukan hanya rating kredit negara terjejas malah pelabur asing akan hilang keyakinan, sekali gus boleh menjejaskan kestabilan ekonomi negara.

Disebabkan perbezaan ketara ini banyak pihak telah mempersoalkannya termasuk Naib Pengerusi Wanita MCA, Ong Chong Swen dan bekas pengarah komunikasi strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Mereka mahukan penjelasan lanjut kenapa berlaku perbezaan angka berkenaan kerana selain pelabur asing, rakyat Malaysia juga keliru dengannya.

Lokman Noor Adam baru-baru ini mencetuskan soalan bagaimana hutang negara dikatakan mencecah RM1 trilion sedangkan ia bercanggah laporan suku pertama tahun ini oleh Bank Negara.

Keadaan ini katanya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat.

“Sebelum ini mereka (PH) kata kerajaan (BN) dalam keadaan tenat kerana negara dibebani hutang yang banyak, namun empat hari selepas terbentuknya kerajaan baharu, Gabenor Bank Negara (Tan Sri Muhammad Ibrahim) mengumumkan ekonomi kita dalam keadaan bagus.

“Oleh itu, tidak mungkin baru empat hari selepas PH mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, terus keadaan ekonomi negara yang sebelum ini dikatakan nazak menjadi baik secara tiba-tiba,” katanya yang mencetuskan persoalan mengenai hutang negara.

Rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya. Entah entah sebab hutang banyak ini sebagai alasan sahaja untuk kerajaan PH tidak beri BR1M, tidak beri naik gaji kakitangan awam, tidak beri bonus raya, buang puluhan ribu penjawat awam dan kemudian berlakon potong gaji 10%.

Jangan kelirukan rakyat Malaysia. Berkata benarlah tentang ekonomi negara. Duit yang ada sekarang dalam kantung MOF dan Bank Negara, hasil usaha Datuk Seri Najib selama 9 tahun ini.

Roslan Latiff ada tulis semalam, selama 9 tahun Datuk Najib tinggalkan RM1.6 trilion aset :

Khazanah RM157 billion, PNB RM270 billion, KWSP RM791 billion, KWAP RM150 billion, LTH RM60 billion, LTAT RM10 billion, Felda RM15 billion dan

Agrobank RM10 billion.

Ini belum ambil kira beratus institusi di bawah MOF – Bank Pembangunan , BSN , Bank Industri, Ekuinas, Pelaburan Hartanah dan  lain lain yg jumlah mencecah lebih RM2.5 trilion. Serta aset perbankan Islam ke 2 terbesar di dunia dengan nilai USD$156.7 billion (RM697 billion ).

Bank Negara masih tulis jumlah hutang Malaysia adalah hanya RM686 billion sahaja bukannya 1 trillion.

Tulisan: Pelajar Ekonomi Universiti Australia

*InI adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian BNBBC.my.portal 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 May 2018 1:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: