Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Hutang rakyat Malaysia cecah RM1.1 trilion

20 FEB: Rakyat Malaysia dilaporkan antara yang tertinggi di Asia Tenggara terbeban dengan hutang yang dianggarkan sebanyak RM1.144 trilion, menurut laporan Trading Economics.

Memetik Sinar Online, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia, Dr Ahmed Razman Abdul Latif berpendapat, ia  berlaku disebabkan 50 peratus daripadanya adalah hutang pinjaman perumahan, manakala selebihnya adalah pinjaman peribadi, kereta dan sebagainya.

“Menurut statistik yang dikeluarkan itu, hutang rakyat Malaysia adalah 84.6 peratus berbanding KDNK iaitu RM1.144 trilion.

“Apabila diteliti, hutang rumah ini sebenarnya lebih banyak membabitkan golongan yang dikenali sebagai pelabur hartanah yang membeli rumah secara pukal,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak, golongan berkenaan menjadi penyumbang kepada kenaikan harga rumah di Malaysia

“Semuanya disebabkan wujud satu permintaan yang ‘tidak benar’ yang mendorong kenaikan harga rumah yang akhirnya menjadi punca sehingga rakyat tidak mampu membeli rumah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 February 2018 6:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: