Kategori Berita Antarabangsa

Ibu kota Indonesia mungkin pindah Kalimantan

12 JULAI: Ibu kota negara Indonesia berkemungkinan dipindahkan dari Jakarta ke Kalimantan.

Cadangan menukar itu tercetus selepas kepadatan penduduk di Jakarta yang mencecah 12.7 juta orang.

Perkara  berkenaan kini dalam kajian Kementerian Perancangan Pembangunan Nasional, yang diketuai menterinya, Bambang Brodjonegoro.

“Kami menjangkakan kajian akan dapat disiapkan dalam tahun ini.

“Jika semuanya berjalan lancar, proses pemindahan pusat pentadbiran kerajaan akan dilakukan pada 2018 dan 2019,” kata Bambang yang dipetik dari laporan portal Kompas.com.

Tambah Bambang lagi, proses migrasi ibu negara dari satu tempat ke satu tempat yang lain memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun.

Lokasi spesifik ibu negara baharu itu belum ditetapkan lagi, namun beberapa laporan menyebut ibu kota Kalimantan Tengah, Palangkaraya, merupakan pilihan utama kerajaan negara berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 July 2017 6:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: