Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ibu lahir anak dalam tandas meninggal dunia

14 NOV:  Gara-gara kehilangan banyak darah, seorang wanita ditemui mati selepas melahirkan bayi pada pagi tadi.

Mayat wanita berusia 24 tahun ditemui oleh pekerja sebuah hotel di Kota Kinabalu sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Turut ditemui seorang bayi lelaki cukup sifat di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, siasatan mendapati tempat kejadian berlaku di  dalam tandas sebuah bilik penginapan di tingkat tiga hotel berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dan punca kematian dipercayai kehilangan banyak darah.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk menjalani pemeriksaan bedah siasat.

“Manakala bayi dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut dan siasatan masih diteruskan,” kata Chandra.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 10:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]