Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ibu mati dibunuh anak

12 OGOS: Seorang ibu ditemui mati berlumuran darah pada pagi tadi di rumahnya di Taman Air Bemban, Kulai dipercayai dibunuh oleh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental.

Mayat wanita berusia 69 tahun itu ditemui di bahagian dapur rumahnya oleh anak lelaki bongsunya pada jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, anak lelakinya itu baharu pulang dari tempat kerja di Singapura dan bergegas membuat laporan polis.

Wanita beranak tiga anak itu dipercayai cedera di bahagian muka dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said mengesahkan kejadian itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan senjata yang digunakan untuk membunuh mangsa.

Tambah Razak, suspek berusia 30 tahun itu bagaimanapun ditahan pada 1 tengah hari tadi di sekitar kawasan rumahnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 12 August 2017 11:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]