Kategori Berita Antarabangsa

Ibu tidur berbantal tangan anak

13 JUN: Foto seorang kanak-kanak lelaki di China menjadikan tangannya sebagai alas kepala atau bantal kepada ibunya yang sedang tidur, menyebabkan ramai netizen di media sosial berasa terharu dengan tindakannya itu.

Gambar yang dirakam dalam tren Chengdu Metro Line 2, menunjukkan kanak-kanak itu berpegang pada tiang di tepi pintu dengan tangan kiri, sementara tangan kanannya dijadikan sebagai alas kepala ibunya yang sedang tidur.

Beberapa penumpang komuter yang menyaksi kejadian itu berkata, pada asalnya kanak-kanak itu duduk di sebelah ibunya.

Bagaimanapun, dia segera menawarkan tempat duduknya kepada seorang wanita yang membawa anaknya dalam stroller, lapor Shanghaiist.

Gambar itu viral di laman sosial Weibo dengan lebih 180,000 likes dan 18,000 komen di mana ramai netizen yang berharap mereka mempunyai anak seperti kanak-kanak lelaki itu suatu hari kelak.

Sementara itu, netizen yang lain pula berharap kanak-kanak lelaki itu akan mengahwini anak perempuan mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 4:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: