Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ibubapa digesa pantau, periksa kandungan gajet anak

20 JAN: Hanya 24 peratus daripada ibu bapa memeriksa kandungan gajet anak mereka yang berusia tiga hingga 17 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata keputusan itu diperoleh daripada 1,165 responden yang terdiri daripada ibu bapa yang mengikuti program sepanjang sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia pada November tahun lalu.

“Hampir 80 peratus ibu bapa didapati membenarkan anak mereka memiliki dan menggunakan gajet. Namun, hanya 15.1 peratus daripada ibu bapa akan melarang penggunaan gajet jika anak mereka melakukan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohani berkata, survei itu juga mendapati hanya 48 peratus ibu bapa mengehadkan masa penggunaan gajet dan 3.7 peratus pula tidak memantau penggunaan gajet anak.

Tahun lalu, kementerian itu mengambil inisiatif dengan melaksanakan kempen ‘No Gadget Hour’ bagi memastikan ibu bapa menggunakan masa dengan lebih berkualiti bersama anak berbanding mengutamakan penggunaan gajet.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2018 10:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: