Kategori Ekonomi

Idris Jala: Malaysia sedang menuju negara berpendapatan tinggi

9 MEI: Malaysia berada pada landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ini adalah berikutan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencecah US$10,570 pada 2015, hanya 15 peratus kurang daripada angka pendapatan tinggi semasa pada US$12,475 yang ditetapkan oleh Bank Dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Associates Sdn Bhd Datuk Seri Idris Jala berkata, Malaysia boleh mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi pada 2015, jika ringgit disebut harga pada RM3.20 berbanding dolar AS.

“Bagaimanapun, selagi eksport Malaysia berkembang dan walaupun ringgit lemah ketika ini, kita masih berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran 2020,” katanya selepas bersama-sama melancarkan Laporan Penyelidikan dan Siri Pengetahuan Pengalaman Pembangunan Malaysia dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata Bank Dunia masih belum mengumumkan sasaran berpendapatan tinggi pada 2020.

“Malah, Bank Dunia telah mengurangkan angka PNK per kapita untuk dua tahun berturut-turut, kerana kekayaan negara berpendapatan tinggi  turun.

“Ini disebabkan 58 negara mengalami penurunan dalam PNK per kapita mereka pada 2015, dengan Australia menyaksikan kejatuhan terbesar sebanyak US$4,580, Kanada menyusut sebanyak US$4,500, Jepun (US$5,150), Switzerland (US$1,620), Brunei (US$4,300) dan Singapura (US$1,870),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata Malaysia berada pada landasan yang betul untuk mencapai pertumbuhan eksport sebanyak lima peratus tahun ini, lebih tinggi daripada 4.5 peratus yang diramal oleh pakar ekonomi

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 May 2017 4:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: