Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ikan lumba-lumba berlegar di Lahad Datu

29 JAN: Seekor Ikan lumba-lumba jenis ‘Risso yang ditemui sesat di perairan berhampiran Lahad Datu semalam masih berlegar di kawasan itu pada hari ini.

Pegawai Hidupan Liar daerah, Sylvester Saimin berkata haiwan yang berukuran lebih kurang 10 kaki panjang itu ditemui orang awam kira kira jam 8 pagi tadi.

“Satu pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu mencuba untuk membawanya ke luar kawasan teluk ini namun haiwan  berkenaan kembali semula ke kawasan ini,” katanya yang dipetik.

Menurut Sylvester, mamalia itu berkemungkinan terpisah dari kumpulannya dan sesat lalu memasuki perairan ini.

Risso’s Dolphin merupakan haiwan yang dilindungi mengikut Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1972.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 1:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: