Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Ikan paus terdampar di Kudat

2 APRIL: Seekor ikan paus dianggarkan seberat 2.2 tan, dijumpai terdampar di pantai Kampung Indarason Laut, Kudat hari ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.05 pagi berhubung penemuan haiwan mamalia sepanjang 4.5 meter yang masih hidup.

“Apabila tiba di lokasi, pihak kami dengan kerjasama agensi berkaitan menyiram air laut pada ikan paus yang terdampar di tepi pantai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut APMM, paus itu berjaya dialihkan semula ke laut dan operasi ditamatkan pada jam10.08 pagi tadi.

Antara agensi yang terbabit dalam operasi ialah polis, Taman-Taman Sabah serta Jabatan Perikanan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 5:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: