Kategori Berita Utama

Ikatan pembangkang semakin longgar tanpa Anwar

12 FEB : Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Sharir Abdul Samad berkata hubungan pimpinan dalam Pakatan Rakyat akan menjadi semakin longgar kesan daripada hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

shahrir

SHAHRIR

Jelas beliau, hubungan dalam parti gabungan itu hanya utuh dengan adanya Ketua Pembangkang yang sering bertindak sebagai ‘pendamai’  khususnya diantara pemimpin PAS dan DAP.

“Mereka akan hilang momentum sedikit sebanyak, ia tidak akan sama seperti  pada awal mereka bersama sebagai sebuah parti dipanggil Pakatan Rakyat.

“Kalau dulu kita lihat mereka seiring dalam pendekatan dan pendirian, tapi kali ini ikatan mereka akan menjadi lebih longgar.

“Lebih-lebih lagi mereka (PAS dan DAP) kerap bergaduh kerana tidak mencapai persefahaman yang sewajarnya dalam mencapai sesuatu keputusan,” katanya kepada BNBBC.my.

Terdahulu, perbalahan jelas diperlihat diantara Presiden PAS, Datuk Seri abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung dua isu iaitu perlaksanaan Hudud dan juga Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam pada itu, Shahrir yang juga Pengerusi BNBBC sempat mengulas isu jawatan Ketua Pembangkang bagi memimpin PKR, DAP dan PAS.

Katanya, DAP pasti akan menuntut jawatan tersebut berikutan parti itu adalah parti terbesar berbanding PAS.

“Sekarang tentunya jawatan Ketua Pembangkang tengah diputuskan, DAP sebagai parti yang terbesar sudah tentu mereka akan menuntut untuk jawatan tersebut.

“Saya tak fikir mereka akan bertolak ansur untuk memberi jawatan tersebut kepada PAS.

“Dan pada saya secara peribadi, tentunya Lim Kit Siang (Penasihat DAP) balik jadi ketua pembangkang,” ujarnya.

Sebelum ini, anak kepada Ketua Pembangkang itu yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menjelaskan keputusan bagi menggantikan jawatan Ketua Pembangkang itu akan dimaklumkan minggu hadapan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2015 3:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: